Check this OUT !!!

Sunday, August 12, 2012

Shakeel dengan jenama yo-yo pertamanya di Malaysia, YOYOSKEEL


Shakeel dengan jenama yo-yo pertamanya di Malaysia, YOYOSKEEL


Nama penuh adalah Muhammad Shakeel Mohd Rose, 26 tahun. Berasal dari Kuala Lumpur.  Setelah selama 10 tahun saya bermain yo-yo dan saya masih lagi aktif dalam bidang permainan ini. Sejak kecil lagi saya begitu meminati permainan yoyo dan menjadikan yo-yo sebagai alat permainan wajib yang dibawa ke mana sahaja. Bermula dari umur 14 tahun,  saya memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemain yo-yo yang profesional. Tanpa mengabaikan pelajaran, saya bermain yo-yo hanya pada masa lapang dan serius sepenuhnya pada kira-kira enam tahun lalu.

Ketika itu, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi di Universiti Kuala Lumpur. Di situ, saya mendapat pendedahan bermain yo-yo dengan menyertai pertandingan di sekitar Kuala Lumpur. Bagi saya, menyertai pertandingan membantu saya memperoleh pendedahan terbaik bagi mengasah bakat saya. Tambah saya juga perlu cekap dalam mengawal pergerakan yoyo tanpa membuat sebarang kesilapan dan kecederaan. Saya berlatih kira-kira tiga jam sehari. Sekiranya ada pertandingan, saya memerlukan lima jam untuk memastikan betul-betul mahir. Saya kini menguasai tiga kategori permainan iaitu yoyo 1A, 4A dan yoyo ikat pada dadu atau bola 5A. Saya mendapat 13 pingat untuk kesemua pertandingan yang bermula sejak 2005. Tidak kira pingat perak atau gangsa yang diraih. Apa yang penting adalah pengalaman berharga yang ditimba amat bermakna sekali. Selain itu, saya juga banyak menimba pengalaman dalam setiap persembahan yo-yo yang diadakan. Dengan kejayaan yang diraih pada tahun 2006, saya ditaja oleh salah satu syarikat terbesar dari USA, Duncan. Menamatkan penajaan pada awal tahun 2010, saya berhasrat untuk menubuhkan syarikat dan jenama yo-yo sendiri iaitu YoYoSkeel. Kini sudah menjelang 3 tahun saya beroperasi dalam dunia perniagaan yo-yo. YoYoSkeel Stalker adalah keluaran yo-yo pertama saya yang berjaya menambat hati peminat di seluruh dunia. Dengan kutipan jualan sebanyak 700 unit sepanjang 3 tahun, saya Berjaya menghasilkan beberapa keluaran terbaru khas untuk peminat yo-yo. Banyak pengalaman yang telah saya pelajari, dan itu sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam perkembangkan yo-yo di Malaysia.





Taken directly from http://malaysianyoyo.wordpress.com/2012/08/12/shakeel-dengan-jenama-yo-yo-pertamanya-di-malaysia-yoyoskeel/

No comments:

Post a Comment